Sungguh tidak tersangka bahawa perjalanan universiti akan berakhir tidak lama lagi. Peperiksaanku hari Selasa yang lepas akhirnya telah menutup tirai kehidupan kampusku. Kini ku hanyalah menunggu keputusan peperiksaan ku dan moga-moga keputusannya boleh tahanlah. Lepas itu bersedialah ku untuk memakai jubah seorang mahasiswa dan menerima skroll ku daripada Chanselor Universiti.
Tidak terbayang perjalanan empat tahun ini sudah berakhir. Melihat kembali tempoh empat tahun ini, banyak nostalgia yang terpaut dalam ingatanku.
Saya masih ingat hari pertama ku dalam kampus. Itulah pertama kali saya di Universiti Malaya. Universiti terunggul di Malaysia. Ibu bapa dan adik perempuan saya menemaniku ke Kolej Kediaman yang akan ku diami selama setahun. Setelah bergambar di hadapan pintu masuk Kolej Kediaman Kurshiah, ku melangkau masuk, mendaftarkan diri, dan kemudiannya ke bilik ku. Ku masih ingat berasa lapar lalu melangkah ke Warung Sahur yang ku ingat adalah kantin. Ku makan nasi goreng yang ku ambil dari kaunter dan makan. Pada masa tu, saya ingat itu ialah kantin. Mana ada orang bayar kantin. Lalu, selepas ku makan, kenyang, saya pun balik ke bilikku. Ku menemui roomate ku yang baru. Dia mempelawa saya ke kantin. Aduh, alangkah terperanjatnya ku apabila tahu bahawa kantin tadi yang ku kumjungi bukanlah kantin sebenar benarnya. Itu adalah memang kedai mamak Kolej ku. Kantin sebenar terdapat dalam bangunan yang ku ingat blok asrama perempuan. Takpelah. Itu first year.
Banyak suka duka yang ku lalui dalam empat tahun ini. Sungguh banyak. Saya sendiri dapat melihat perubahan dalam kehidupan ku. Namun terdapat juga banyak kekesalan. Apa boleh dibuat. Sudah adat manusia. Lumrah kehidupan.
Sekarang terasa nak berpantun. Izinkan saya.
Kolej Ketiga tempat berteduhku, Di Pokok tanjung Jeffrey menemuiku,
PKV oh PKV rumah kesayanganku, Tidak akan ku lupa semua kenangan manis bersama mu.
Universiti Malaya oh Universiti Berjaya, Berjaya janganlah hanya dalam negara,
Luasakanlah mindamu ke serata dunia, Janganlah bangga hingga menjatuhkan melumpuhkan dirimu.
Diamanakah Universiti Malaya 100 tahun lagi ku tak tahu, ku tak tahu.
UM Tercinta:
Kami sujud di kaki Mu, merendahkan diri,
Bersatu dengan tangis Mu, bagi UM tercinta,
Biar belas kasihan Mu Bapa, kian bertambah nyata,
Dicurahkan atas kami, lawatlah umatMu.
Ampunilah, selamatkanlah,
Pulihkanlah, UM tercinta,
Sinari dengan terang kasih Mu,
Dengar doa kami.
(lirik lagu “KOTA tercinta”)
Sampai sinilah perjalananku. Tidak banyak impak yang telah ku tinggalkan. TIdak banyak legasi yang ku tinggalkan. Namun , ku akan terus berdoa untuk Universiti kesayangan ku.
Universiti Malaya.